About Us

Sabtu, 07 Desember 2013

ASSALAMUALAIKUM WR-WB Selamat Datang Di Blog Dayah Mulia... Blog aneuk dayah mulia.. semoga dengen blog nyoe tanyoe aneuk dayah mulia jeut tabagi-bagi informasi dan ilmu , dan bermamfaat bagi tanyoe bersama. Hidup aneuk dayah mulia. "BEST ADaM" IS THE BEST


SIFAT-SIFAT MALAIKAT

1. Malaikat dijadikan daripada cahaya


Rasulullah S.A.W telah bersabda :

Maksudnya : Dari Aisyah R.A. berkata, dari Rasulullah S.A.W bersabda : “ Malaikat dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada percikan api dan manusia dijadikan daripada bahan yang telah diberitahu kepada kamu.”


(Riwayat Muslim)

2. Malaikat tidak bersifat dengan lelaki dan perempuan

Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Najm ayat 27-28 :



Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan, sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-semata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran i’tikad”.


(Surah Al-Najm : 27-28)

3. Malaikat tidak dapat dilihat

Malaikat ialah suatu makhluk yang halus dan termasuk dalam alam ghaib yang tidak termasuk dalam golongan makhluk yang wujud jasmaniyahnya iaitu malaikat tidak dapat dilihat, diraba, didengar, dicium dan dirasa.



Maksudnya : Dari Abu Salamah bahawasanya ‘Aisyah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : “Wahai ‘Aisyah, ini Jibril datang dan dia menyampaikan salam kepadamu! ‘Aisyah pun menjawab: Begitu pula ‘alaihis salam wa rahmatullah (baginya keselamatan dan rahmat Allah), dia dapat melihatku sedangkan aku tak dapat melihatnya.

(Muttafaq ‘Alaihi)

4. Malaikat boleh menjelma dengan pelbagai rupa

Allah S.W.T telah menceritakan penjelmaan malaikat dalam pelbagai bentuk termasuk bentuk manusia dalam firman-Nya di dalam Surah Maryam ayat 17 :



Maksudnya : “Maka Kami hantarkan kepadanya Roh dari Kami, lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya.

5.Malaikat terpelihara daripada melakukan dosa

Malaikat dijadikan dengan fitrah taat kepada Allah S.W.T dan terlindung daripada melakuan maksiat. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Tahrim ayat 6 :



Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya; mereka tidak menderhaka kepada Allah S.W.T dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

(Surah Al-Tahrim : 6)6.Malaikat tidak makan, tidak minum, tidak tidur, tidak berkahwin dan bersih dari mempunyai nafsu syahwat.


0 komentar:

Posting Komentar

Akhirul Kalam

Trimong geunaseh ats kunjungan ureung dron ke dalam blog nyoe. Semoga blog DAYAH MULIA nyoe bermamfaat bagi ureung dron bandum. Amin...!

sayang

”Ilmu
Diberdayakan oleh Blogger.

Wikipedia

Hasil penelusuran

Join US on Facebook

Nyoe adalah Posted Geutanyoe bersama. Jadi dijaga bersama. Semoga bermamfaat.

Total Tayangan Halaman

MOST RECENT

laba2

Foto Bersama

Content right


widgeo.net

About Me

Foto Saya
Lon Aneuk Teupin Batee.. Lahe Pada 10-12-1993 Di teupin Batee... Natupat Teupin Batee???

Contact

Followers

Social Icons

Bahasa

Catwidget4

topads

Like on Facebook

Become our Fan